Jumaat, 21 Mac 2014

perkembangan MH370

ada pendapat mengatakan bahawa pesawat MH370 berpatah balik menuju ke lautan hindia .
juga terdapat mengatakan hilang di kepulauan vietam lebih ringkas di hutan pantai........................................

KITA JUGA DAPAT MELIHAT INI...................................................




MH370: AMSA akui imej satelit 'tidak jelas'



Satelit Australia kesan objek dipercayai MH370

{baca lagi klik butang papar ... }


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata di Canberra pada Khamis bahawa imej satelit telah menunjukkan dua objek yang boleh dikaitkan
kepada pesawat Malaysia yang hilang pada 8 Mac, menurut agensi berita Reuters.

Agensi berita itu memetik Abbot sebagai berkata dalam ucapannya di Parlimen "bahawa maklumat baharu dan kredibel telah diperolehi berhubung misi mencari
... di selatan Lautan Hindi."

"Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) telah menerima maklumat berdasarkan imej satelit mengenai objek-objek yang mungkin boleh dikaitkan
dengan pencarian," kata Abbot dan menambah pesawat Boeing 777-200ER dalam penerbangan ke kawasan objek-objek ditemui itu.

AMSA berkata ia akan mengadakan taklimat media di Canberra kelak, lapor Rueters.

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12  anak kapal hilang kira-kira sejam selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa
KL pada pukul 12.41 pagi pada 8 Mac. Ia dijadual tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi pada hari yang sama.

Pengumuman di Australia dibuat pada hari ke-13 usaha pencarian antarabangsa terhadap pesawat itu yang menurut data satelit, melencong daripada laluan di
Laut China Selatan dan menuju Lautan Hindi.

Kawasan pencarian diperluas meliputi di barat Malaysia, termasuk Lautan Hindi, apabila didapati pesawat telah terbang selama tujuh jam selepas itu.

Usaha pencarian kemudian ditumpukan di dua koridor iaitu koridor utara yang merintangi dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand,
dan koridor selatan dari Indonesia hingga selatan Lautan Hindi. - Bernama

Perkembangan Terkini MH370, 19 Mac 2014

{baca lagi klik butang papar ... } 


KUALA LUMPUR - Berikut kenyataan Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada taklimat media mengenai operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 di Sepang, Selangor hari ini:

Kenyataan pengenalan

Pencarian MH370 diteruskan. Seperti yang saya nyatakan dalam sidang akhbar semalam, usaha kini membabitkan masyarakat antarabangsa.

Fokus utama kami kekal operasi mencari dan menyelamat. Kami kini berusaha mengecilkan koridor carian melalui:

- pengumpulan maklumat satelit
- menganalisis data radar
- menambah aset udara, laut serta darat, dan
- menambah bilangan pakar teknikal.

Kami turut mengambil langkah untuk menangani keperluan keluarga pada masa yang sukar ini.


Perkembangan terkini operasi

Saya akan mulakan dengan memberi taklimat berhubung perkembangan terkini operasi.

Seperti yang kami nyatakan sebelum ini, pencarian MH370 membabitkan cabaran dari segi diplomatik, teknikal dan logistik.

Sehubungan itu, pasukan teknikal utama yang mengendali operasi mencari dan menyelamat dipecah kepada tiga kumpulan:

- satu pasukan diplomatik diketuai Kementerian Luar
- satu pasukan penempatan aset dan logistik diketuai Angkatan Tentera Malaysia
- satu kumpulan teknikal yang mengekalkan kawalan keseluruhan operasi diketuai Jabatan Penerbangan Awam.

Di barisan depan diplomatik, kesemua 26 negara yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat telahpun secara lisan bersetuju membantu operasi ini dan Malaysia secara rasmi sudah memohon kerjasama dari semua negara yang berkaitan.

Sejumlah aset kini hanya menunggu kebenaran diplomatik bagi memulakan operasi.

Sebaik menerima kebenaran rasmi, kami boleh mempercepat penempatan aset di sepanjang koridor carian.

Seperti yang saya nyatakan semalam, meskipun pencarian masih diselaras oleh Malaysia, rakan kita kini mengambil alih operasi di wilayah mereka dan di sektor yang dipersetujui. Kami mengalu-alukan langkah ini dan sekali lagi, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan kita atas bantuan serta sokongan mereka yang berterusan.

Saya boleh mengesahkan bahawa kami menerima beberapa data radar namun tidak boleh mendedahkan maklumat yang diperoleh dari negara lain.

Saya merayu kepada semua rakan kita untuk terus secara sukarela memberi sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan dan pencarian MH370.

Mengenai laporan bahawa pesawat itu dilihat di Maldives, saya boleh mengesahkan bahawa panglima angkatan tentera telahpun menghubungi rakan sejawatan beliau di Maldives, yang kemudian mengesahkan bahawa laporan itu adalah tidak benar.


Titik Laluan

Saya sedar tentang spekulasi yang menyatakan bahawa titik laluan ditambah kepada laluan penerbangan pesawat itu. Saya boleh mengesahkan bahawa pesawat itu terbang di laluan normal sehingga ke titik laluan IGARI.

Tiada titik laluan tambahan didokumen di pelan penerbangan MH370 dan ini menggambarkan laluan normal sepanjang perjalanan pesawat itu ke Beijing.


Siasatan Polis

Berhubung siasatan polis, sepertimana yang disahkan oleh ketua polis negara, kes ini diklasifikasi di bawah Seksyen 130C Kanun Keseksaan. Semua penumpang, anak kapal dan kakitangan yang mengendali pesawat sedang disiasat.

Kami berkongsi semua maklumat berkaitan kes ini dengan semua agensi penyiasatan antarabangsa yang memerlukannya.

Kami telahpun menerima laporan berkaitan latar belakang penumpang dari semua negara kecuali Ukraine dan Rusia, yang kedua-dua rakyatnya turut berada dalam pesawat itu. Setakat ini, tiada maklumat yang didapati signifikan berkaitan mana-mana penumpang.

Kepakaran tempatan dan antarabangsa diambil untuk meneliti simulator penerbangan juruterbang terbabit. Beberapa data didapati telahpun dipadam daripada simulator itu dan kerja-kerja forensik untuk mendapatkannya kembali sedang dilakukan.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan bahawa penumpang, juruterbang dan anak kapal adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.

Demi keluarga mereka, saya minta agar kita jangan membuat sebarang spekulasi yang boleh menyulitkan lagi keadaan.


Pasukan Peringkat Tinggi

Saya ingin mengumumkan bahawa sebagai tambahan kepada pasukan sedia ada di lapangan, Malaysia kini menghimpun satu pasukan peringkat tinggi yang akan berlepas ke Beijing secepat mungkin.

Pasukan ini akan memberi taklimat dan perkembangan kepada waris berkaitan situasi terkini dan pelan operasi mencari serta menyelamat.

Pasukan itu termasuk wakil dari Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Luar, Tentera Udara Diraja Malaysia, Jabatan Penerbangan Awam dan Malaysia Airlines.

Pasukan itu akan diketuai Leftenan Jeneral Dato' Sri Ackbal Abdul Samad (Komander Operasi Udara, Tentera Udara Diraja Malaysia), dibantu oleh Ahmad Nizar Zolfakar (Pengarah, Perkhidmatan Trafik Udara, Jabatan Penerbangan Awam) serta membabitkan seorang juruterbang kanan pesawat 777.


Kenyataan Penutup

Kami akan berusaha bersungguh-sungguh. Fokus utama kami ialah operasi mencari dan menyelamat. Kami kini melakukan segalanya bagi mengecilkan kedua-dua koridor carian. - Bernama


Sidang akhbar MH370 - 18.3.2014




Di mana MH370 boleh mendarat?

{baca lagi klik butang papar ... }

MAKLUMAT data mendapati pesawat MH370 berhubung enam kali dengan satelit dan yang terakhir direkodkan pada jam 8.11 pagi pada waktu tempatan 8 Mac lalu bukti pesawat itu tidak mengalami masalah teknikal meskipun transporder sudah dimatikan berhampiran sempadan kawalan trafik udara antara Malaysia dan Vietnam.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, berdasarkan data satelit berkenaan, kajian dilakukan pakar bagi menentukan laluan yang digunakan MH370.

Menurutnya, isyarat itu dikesan pada tempoh pesawat hilang daripada titik Igari untuk sempadan kawalan trafik udara Vietnam dan Malaysia dan ‘air turn back’ ke Selat Melaka.

Sidang media semalam, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pesawat berkenaan mempunyai tempoh 30 minit sahaja selepas itu untuk melakukan penerbangan sebelum kehabisan minyak.

Walau bagaimanapun beliau sebelum itu turut menafikan pesawat berkenaan mendarat di Pengkalan Tentera Diego Garcia milik AS di Lautan Hindi.

Jadi ke mana pesawat yang hendak kehabisan minyak boleh melakukan pendaratan cemas?

Seperti yang diketahui umum di kawasan Lautan Hindi cukup luas dan mempunyai banyak pulau-pulau kecil.

Menurut pakar, MH370 boleh mendarat dengan selamat pada landasan pendek yang bukan khas untuk kegunaan pesawat komersial sepertinya.

Jika mendarat dengan kawalan juruterbang di laut, pesawat dianggarkan mengambil masa tiga minit untuk meluncur sebelum terhenti dan terapung sebelum tenggelam jika air memasuki kabin sepenuhnya.

Berbeza dengan sebarang pendaratan di daratan seperti padang pasir, pesawat boleh mengalami banyak kerosakan kerana permukaan tidak rata dan keras yang boleh menyebabkan MH370 melambung atau terhempas di luar kawalan.

Jika teori ini tepat, MH370 yang dilaporkan dikendalikan secara manual oleh seseorang yang mahir di dalam kokpit akan melalui kawasan Kepulauan Andaman selepas isyarat terakhir dipercayai dari pesawat itu dikesan radar Tentera Udara Diraja Malaysia di situ.

Pulau Nicobar yang terletak Lautan Hindi mempunyai tiga landasan kapal terbang tinggal yang sudah tidak digunakan. Salah satu daripadanya adalah Lapangan Terbang Campbell Bay yang terletak 190 kilometer Utara Kepulauan Sumatera.

Selain itu, terdapat sebuah lagi landasan kapal terbang dibina tentera Jepun pada tahun 1942 hingga 1945. Landasan ini kemudiannya diubahsuai dan dipanjangkan sehingga 8,886 kaki oleh Tentera Udara India pada 1967.

Sebuah lagi landasan kapal terbang terletak di Utara antara Pulau Andaman dan Nicobar. Ialah Landasan Kapal Terbang Shibpur yang kini juga sudah tidak lagi digunakan.

Landasan kapal terbang tinggal juga wujud di Pulau Koko yang dikatakan dimiliki oleh tentera Myanmar dan sesetengahnya mengatakan ianya kini di bawah kekuasaan China.

Pilihan terakhir, MH370 juga boleh mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Veer Savarkar atau lebih dikenali sebagai ‘Portblair’ milik Negara India di pulau yang sama yang difahamkan kini dalam proses pengubahsuaian.

MH370: Masih ada harapan

UPDATE: 17 Mac 2014


Video: Pemeriksaan Terakhir Terhadap Juruterbang MH370


MH370 dicari 25 negara

{baca lagi klik butang papar ... }

SEPANG - Gerakan mencari dan menyelamat pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang masuk hari kesembilan semalam memasuki fasa baharu apabila Malaysia meminta kerjasama 11 buah negara yang terletak di kawasan koridor utara dan selatan bagi membantu negara ini menjejaki pesawat yang hilang secara misteri sejak 8 Mac lalu.

Dengan penambahan 11 buah negara itu, operasi mencari dan menyelamat MH370 membawa 239 penumpang termasuk anak kapal kini bertambah daripada 14 buah negara kepada 25 buah negara semalam.

Negara-negara di koridor utara antaranya melibatkan Pakistan, Laos, Vietnam, Kyrgyztan, Turkmenistan, Uzbekistan dan Kazakhstan manakala bagi koridor selatan pula melibatkan negara Indonesia dan Australia.


Vietnam hentikan operasi mencari MH370



Polis siasat jurutera MH370

{baca lagi klik butang papar ... }



KUALA LUMPUR - Polis sedang menyiasat para jurutera pesawat yang mempunyai kaitan tugas dengan kehilangan penerbangan MH370 sebelum pesawat itu berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing, Sabtu lepas.

"Sebagai prosedur biasa, polis sedang menyiasat semua anak kapal dan penumpang MH370 serta jurutera," kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengenai operasi SAR, Hishammuddin berkata, pegawai Malaysia sedang meminta bantuan daripada 15 buah negara di dua koridor iaitu Koridor Utara dari utara Thailand sehingga sempadan Kazakhstan dan Koridor selatan dari utara Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.

Beliau berkata, negara-negera berkenaan ialah Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Turkmenistan, Pakistan, Bangladesh, India, China, Myanmar, Laos, Vietnam, Thailand, Indonesia, Australia dan Perancis.

"Pegawai Malaysia sedang berbincang dengan semua rakan kongsi cara terbaik untuk menggunakan aset di sepanjang dua koridor tersebut," katanya.

Hishammuddin berkata, perbincangan tersebut termasuk meminta negara-negara berkenaan terus menyediakan bantuan carian pesawat itu seperti data satelit dan analisis, keupayaan carian di darat, data radar serta aset maritim dan udara.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penerbangan MH370 menyimpang daripada laluan asalnya menuju ke Beijing dan kemudian terbang ke arah barat Semenanjung Malaysia sebelum membelok ke arah barat laut.

Komunikasi terakhir pesawat dengan satelit berlaku di satu daripada dua koridor - utara atau selatan.

Berhubung tindakan polis memeriksa rumah juruterbang pesawat MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53 dan pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid, 27, di Shah Alam semalam, Hishammuddin berkata, penyiasat sedang memeriksa simulator penerbangan milik Kapten Zaharie di rumahnya.

"Kami memohon orang awam supaya jangan membuat kesimpulan berhubung siasatan polis ini," katanya. - Bernama


H370: 'Air turn back' kuatkan teori rampasan

{baca lagi klik butang papar ... }


SHAH ALAM – Pengesahan pesawat MAS MH370 berpatah balik menguatkan lagi kemungkinan pesawat itu dirampas.

Bekas Timbalan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Datuk Ishak Yeop Hamzah berkata, ia juga berdasarkan lingkungan kawasan pesawat itu boleh pergi, yang
menyimpang daripada laluan asalnya ke Beijing, China setelah komunikasi terakhir dengan satelit pada jam 8.11 pagi, Sabtu minggu lalu.

“Ini bermakna ada seseorang yang berjaya masuk ke dalam kokpit dan menyuruh juruterbang pergi ke destinasi dikehendakinya. Teori rampasan ini dikuatkan
lagi dengan kenyataan Perdana Menteri bahawa pesawat itu dipandu oleh orang yang arif mengenai penerbangan.

“Individu yang merampas pesawat itu mungkin memberi arahan kepada juruterbang. Ataupun mungkin individu itu sendiri yang membawa pesawat itu,” katanya
kepada Sinar Harian, semalam.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang media mengesahkan pesawat tidak dikenali yang dikesan radar utama merupakan pesawat MH370
yang telah menyimpang dari laluan asalnya.

Berikutan itu, pencarian MH370 kini ditumpukan di dua koridor iaitu Koridor Utara dari utara Thailand sehingga sempadan Kazakhstan dan Koridor Selatan
bertumpu dari utara Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.

Mengulas lanjut, Ishak berkata, motif rampasan dan individu yang melakukannya masih samar berikutan banyak faktor boleh dikaitkan sambil tidak menolak
ia dilakukan lebih daripada seorang.

“Mungkin rampasan itu dilakukan kumpulan pengganas yang tidak digazet. Kebiasaannya dalam rampasan pesawat, motifnya untuk meminta wang tebusan.

“Walaupun hingga kini masih tiada tuntutan dibuat, bukan bermakna tidak berlaku rampasan. Ada kemungkinan pesawat tidak mendarat di tempat yang diingini
membuatkan tuntutan tidak dapat dibuat,” katanya.

Bagaimanapun, beliau lebih cenderung melihat motif peribadi sebagai faktor rampasan pesawat.

Oleh itu, katanya, siasatan teliti terhadap karakter dan latar belakang anak kapal dan penumpang penting bagi mengenal pasti punca rampasan dilakukan.

“Profiling penting kerana mungkin ada penumpang yang sakit jiwa dan sebagainya. Rampasan pesawat bukan mudah, tetapi kalau seseorang itu mengalami gangguan
mental, apa saja dia boleh lakukan,” katanya.

MH370: Rampasan dilakukan secara berkumpulan

{baca lagi klik butang papar ... }


SIDANG media Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam merungkaikan beberapa aspek penting dalam pencarian MH370.

Aspek penting didedahkan adalah pesawat sebelum ini didakwa membuat pusingan balik adalah milik MH370.

Maklumat terbaharu ini menguatkan lagi teori rampasan dibangkitkan ramai pihak.

Namun, jika benar pesawat ini dikawal seseorang bagaimana cara ia dilakukan?

Pesawat Boeing 777 ini bukan sembarangan pesawat, ia adalah pesawat dilengkapi ciri keselamatan yang canggih.

Ini termasuk, pintu menghubungkan kokpit dengan pesawat hanya boleh dibuka dari kokpit.

Sumber enggan namanya didedahkan memberitahu, jika seseorang mahu merampas pesawat, adalah sukar untuknya memasuki kokpit.

Ini kerana, hanya juruterbang dan pembantu juruterbang sahaja yang boleh membuka pintu tersebut.

"Ia sukar dilakukan melainkan mendapatkan bantuan 'orang dalam'. Jika ini berlaku adalah lebih mudah seseorang merampas pesawat," katanya.

Jika seseorang mampu memasuki kokpit pesawat, transponder boleh dimatikan secara manual kerana transponder mudah dikendalikan.

Namun, beliau enggan mengulas lanjut berhubung perkara tersebut kerana siasatan masih berjalan.

Apabila ditanya adakah wujud cara lain untuk mengawal pesawat selain dari memasuki kokpit, beliau berkata, terdapat cara lain namun sukar dilakukan.

Jika seseorang mempunyai kemahiran tinggi dalam menggodam, tidak mustahil mampu menggodam sistem pesawat.

Ini kerana, pesawat Boeing 777 mempunyai sistem berkomputer iaitu 'fly by wire system' yang mungkin boleh digodam oleh seseorang yang berkemahiran tinggi.

Fakta penting selepas sidang akhbar Perdana Menteri berkaitan MH370 - 15 Mac 2014

  1. Komunikasi akhir MH370 jam 8.11 pagi Sabtu 8 Mac sebelum ianya hilang,
  2. PM dalam sidang media tergempar mengumumkan kemungkinan seseorang dalam pesawat itu sengaja mengubah haluan penerbangan.
  3. Semua operasi menyelamat di Laut China Selatan diberhentikan
  4. Pencarian diteruskan di dua kawasan koridor Utara dan Koridor Selatan
  5. kemungkinan pesawat berada di koridor utara menghala ke sempadan Khazakstan dan Turkmenistan sebelum menghala ke utara Thailand
  6. Teori kedua, pesawat tersebut sama ada melalui perjalanan ke Indonesia menuju ke Laut Hindi.

Terkini: PM tidak sahkan MH370 dirampas, misi diteruskan ke dua koridor baru

- kemaskini 3.13 PM 15 Mac 2014 {baca lagi klik butang papar ... }
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mengesahkan laporan media berhubung pesawat MH370 dirampas dan pencarian pesawat ini sedang memasuki fasa baru ke arah dua koridor baru di utara Malaysia dan satu lagi di selatan negara ini. Koridor utara adalah menuju ke Turkmenistan, Kazakhstan serta utara Thailand manakala koridor selatan ialah di Indonesia dan selatan Lautan Hindi. Perdana menteri berkata demikian pada sidang medianya sebentar tadi. Pada sidang media itu, Najib yang membaca teks tanpa menerima sebarang soalan media, berkata Malaysia akan terus meningkatkan usaha mencari dan berharap maklumat baru yang diperolehi akan membawa kepada satu langkah mendekati penemuan pesawat itu. Najib berkata, komunikasi terakhir MH370 dengan satelit adalah pada 8.11 pagi waktu tempatan Sabtu lalu (hari kehilangan pesawat) di Selat Melaka. Katanya, penyiasatan menunjukkan pergerakan penumpang kapal terbang itu dan hubungan telekomunikasi dibuat dengan sengaja namun beliau menolak ia satu rampasan. – 15 Mac, 2014.

Belum ada bukti MH370 di Lautan Hindi


MH370: Ada beberapa cara transponder dimatikan

{baca lagi klik butang papar ... }
- Pihak berkuasa sedang meneliti empat hingga lima kemungkinan mengenai bagaimana transponder pesawat MH370 boleh dimatikan, kata Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Bercakap dalam sidang media harian mengenai perkembangan terkini berhubung kehilangan pesawat MAS itu hari ini, Hishammuddin berkata antara kemungkinan tersebut ialah akibat letupan, dimatikan secara sengaja atau dalam keadaan dures. "Kami melihat semua kemungkinan, sebab itu saya tidak mahu membuat spekulasi," katanya menjawab soalan sama ada wujud bukti kedua-dua transponder pesawat dimatikan secara sistematik. Ditanya sama ada pihak berkuasa tempatan menerima signal 'pings' atau denyut elektronik daripada pesawat yang boleh membantu siasatan dalam menentukan laluan dan lokasinya, Hishammuddin berkata banyak pegawai tidak bernama membuat pelbagai cadangan. "Kami sedang menyiasat dan meneliti secara mendalam siapa (sumber itu), dari mana dan mengenai apa," katanya. Menurut laporan Wall Street Journal, penerbangan MH370 telah menghantar satu siri 'pings' atau denyut elektronik dengan yang terakhir dihantar dari lokasi di atas permukaan air pada altitud jajap Sementara itu, Hishammuddin turut menyangkal dakwaan pihak berkuasa Malaysia menghalang Rolls-Royce dan Boeing daripada menghebahkan maklumat berkaitan pesawat. "Kami tidak memberi sebarang tekanan kepada mereka. Mereka bekerjasama dengan kami sejak awal," katanya. Rolls-Royce semalam bersetuju dengan penafian kerajaan Malaysia bahawa laporan mengenai pesawat penumpang MAS itu mungkin terbang selama empat jam setelah hilang daripada imbasan radar, sebagai tidak benar. Pesawat ke Beijing dengan 239 penumpang serta anak kapal itu hilang daripada radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi 8 Mac lepas. - Bernama